JAWI LANCAR MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KE KAWASAN TERJEJAS BANJIR – ONE NEWS – 11/01/2021

https://www.youtube.com/watch?v=w3YO7W9XFl8

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini melancarkan Misi Bantuan Kemanusian ke kawasan terjejas banjir di negeri Pahang.

Kawasan Chini dipilih sebagai lokasi pertama bantuan tersebut yang akan digerakkan oleh pasukan ‘Rescue in Team Insan Sejahtera’ (RINTIS).

Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail berkata, hampir RM150,000 sumbangan berjaya dikumpul untuk misi bantuan kemanusian kali pertama itu.

Sumbangan kepada penduduk terjejas banjir akan disampaikan dalam bentuk barangan keperluan harian, pakaian dan makanan selain khidmat kaunseling kepada yang memerlukan.

Artikel oleh: One News

JAWI LANCAR MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KE KAWASAN TERJEJAS BANJIR

http://www.onenews.my/jawi-lancar-misi-bantuan-kemanusiaan-ke-kawasan-terjejas-banjir/

Scroll to Top