Aduan - Terma & syarat

Home – Terma & Syarat

Aduan - Terma & Syarat

Sila baca terma dan syarat dengan teliti. Dengan menggunakan kemudahan ini, anda bersetuju mematuhi terma dan syarat berikut. Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana terma dan syarat yang dinyatakan, sila hentikan penggunaan perkhidmatan ini.

DEFINISI
1. PPIM adalah singkatan dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia.
2. Pengguna adalah satu istilah yang digunakan untuk menerangkan pengguna atau sukarelawan yang menggunakan perkhidmatan dan kemudahan perkhidmatan ini.
3. Aduan adalah dirujuk sebagai Aduan atau Maklumat atau Pertanyaan atau Cadangan.

PENAFIAN
1. PPIM menyediakan platform sistem aduan ini sebagai satu kaedah alternatif penyampaian aduan daripada para pengguna.
2. PPIM berhak membatalkan atau tidak mengambil tindakan atas aduan yang disampaikan.
3. PPIM tidak mempunyai sebarang kewajipan serta tanggungjawab untuk menyelesaikan mana aduan yang dilaporkan.
4. PPIM tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian, kos tambahan atau kerosakan yang timbul akibat daripada penggunaan mana-mana kemudahan ini.
5. PPIM berhak menukar syarat-syarat ini dari semasa ke semasa tanpa memberi notis terlebih dahulu.

AM
1. PPIM akan berusaha untuk mengambil tidakan serta menyelesaikan aduan yang dilaporkan;
2. PPIM berhak untuk tidak melayan atau tidak mengambil tindakan atas aduan yang dilaporkan sekiranya terdapat mana-mana maklumat atau butiran yang dinyatakan tidak benar;
3. Bagi menggunakan perkhidmatan aduan atas talian ini, pengguna disarankan mendaftar sebagai Sukarelawan PPIM terlebih dahulu;
4. Pengadu hendaklah menghubungi PPIM dari masa ke semasa untuk mendapatkan status aduan.

LAIN-LAIN
1. Dengan menggunakan perkhidmatan ini, anda bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi anda selaras dengan dasar Persatuan Pengguna Islam Malaysia serta perlembagaan & undang-undang negara.
2. Polisi yang telah dibangunkan mungkin berubah dengan mengambil kira perubahan teknologi, sebarang perubahan akan dimaklumkan dihalaman ini.
3. Jika anda menggunakan sistem keselamatan “Firewall / Pop Up Blocker” yang tinggi, anda mungkin mengalami kesukaran menggunakan kemudahan ini.
4. Jika didapati pengguna & syarikat yang berdaftar melanggar terma & syarat atau mana-mana prinsip PPIM, PPIM berhak membatalkan aduan.

Scroll to Top