KUALA LUMPUR 1 Julai – Keputusan kerajaan memperuntukkan RM1.77 bilion bagi menampung kos penjanaan dan tiada kenaikan tarif elektrik disifatkan tepat pada masanya berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang.
Kerajaan bersetuju mengekalkan rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen/kWJ di Semenanjung dan 1.20 sen/kWJ di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember, tahun ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj turut mengalu-alukan tindakan kerajaan yang prihatin dengan keadaan ekonomi rakyat.
Ujarnya, langkah yang diambil itu dapat membantu rakyat berdepan dengan kos sara hidup tinggi yang berlaku pada masa ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kekal-tarif-elektrik-kurangkan-beban-rakyat-1.497970#ixzz4ljri4gtT
© Utusan Melayu (M) Bhd