PUTRAJAYA, 30 Jun — Seramai 24 ahli badan bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menerima surat cara dan pelantikan hari ini.
Mereka, yang terdiri daripada golongan profesional serta pakar pelbagai bidang mewakili pelbagai lapisan masyarakat, dilantik menganggotai Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) serta Panel Penilaian Operasi (PPO).
Surat cara dan pelantikan dalam badan bebas bagi memantau pelaksanaan fungsi dan operasi SPRM itu disampaikan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki, di Ibu Pejabat SPRM di sini.
SPRM dalam kenyataannya hari ini berkata seramai tujuh ahli LPPR telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkuat kuasa mulai 21 Mei 2020 sehingga 20 Mei 2023.
Pelantikan tersebut adalah atas nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut Seksyen 13 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 (Akta 694), katanya.
Ahli-ahli LPPR :
- YBhg. Tan Sri Abu Zahar Ujang (Pengerusi)
Bekas Yang di-Pertua Dewan Negara - YBhg. Tan Sri Ismail Omar
Bekas Ketua Polis Negara - YBhg. Datuk Seri Azman Ujang
Bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) - YBhg. Datuk Seri Akhbar Satar
Presiden Persatuan Fraud Bertauliah Malaysia - YBhg. Datuk Dr Hamzah Kassim
Pengarah Urusan The IA Group - YBhg. Datuk David Chua Kok Tee
Pengarah Urusan DC&A Group - YBhg. Professor Madya Dato’ Dr Mohammad Agus Yusoff
Ahli Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia
SPRM berkata seramai 12 ahli PPPR dan lima ahli PPO pula dilantik oleh Perdana Menteri secara pentadbiran.
“Tempoh PPPR berkuat kuasa mulai 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2022, manakala PPO berkuat kuasa mulai 1 April 2020 hingga 30 Mei 2022,” katanya.
Ahli-ahli PPPR:
- YBhg. Tan Sri Borhan Dolah (Pengerusi)
Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam - YBhg. Dato’ Manja Ismail
Pengarah Urusan Berita Dan Hal Ehwal Semasa Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima - YBhg. Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) - YBrs Prof. Dr Edmund Terence Eric Boniface Gomez
Profesor Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya - YBhg. Dato’ Chamil Wariya
Pengerusi Malaysian Press Institute (MPI) - YBhg. Datuk Freddie Fernandez
Presiden Persatuan Karyawan Malaysia - YBrs Saudara Jufitri Joha
Presiden Majlis Belia Malaysia - YBhg. Dato’ Dr Siti Norlasiah Ismail
Bekas Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara - YBrs Cik Norita Che Ali
Pengerusi Pertubuhan Ekonomi Wanita dan Kebajikan - YBhg. Dato’ Nadzim Johan
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) - YBhg. Datuk Md Yusof Md Aslam
Pengarah Urusan Skop Productions Sdn. Bhd. - YBhg. Dato’ Baljit Singh Sidhu
Peguambela & Peguamcara di Shukor Baljit & Partners
Ahli-ahli PPO :
- YBhg. Dato’ Ahmad Rosli Mohd Sham (Pengerusi)
Bekas Timbalan Ketua Bahagian II Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara - YBrs Dr. Hj Mazlan Haji Ahmad
Bekas Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan, Bank Negara Malaysia - YBhg. Dato’ Abdul Manap Dim
Bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), Lembaga Hasil Dalam Negeri* - YBhg. Dato’ Mohd Faudzi Hj Che Mamat
Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan - YBhg. Dato’ Azimah Abdul Hamid
Bekas Timbalan Ketua Pengarah ( Penguatkuasaan dan Pematuhan), Kastam
Artikel oleh: Bernama
24 AHLI BADAN BEBAS SPRM TERIMA SURAT CARA DAN PELANTIKAN